Pages

Saturday 23 April 2016

Antara langkah segera yang perlu diambil sekiranya anda, saudara-mara, jiran tetangga, atau rakan-rakan anda terkena patukan adalah seperti berikut :

Suhu persekitaran makin panas mengakibatkan binatang berbisa seperti ular mula mencari tempat perlindungan.

Akan tetapi kehadiran mereka mendatangkan bahaya kepada manusia.

Antara langkah segera yang perlu diambil sekiranya anda, saudara-mara, jiran tetangga, atau rakan-rakan anda terkena patukan adalah seperti berikut :

1) Bertenang jangan panik.

2) Hadkan pergerakan lengan atau kaki yang digigit ular, dan jangan banyak bergerak supaya racun ular tidak menyebar.

3) Lepaskan semua perhiasan yang berada di badan seperti, cincin, gelang, kalung, dan sebagainya, sebelum terjadi pembengkakan. Ini kerana kemungkinan reaksi pertama badan akan menjadi bengkak ( Eodema ).

4) Posisikan diri seboleh mungkin dan usahakan kawasan yang kena gigit / patuk berada lebih rendah dari jantung. Boleh diletakkan belat supaya anggota yang luka minima pergerakannya
( Seperti rawatan Patah Tulang ).

5) Bersihkan luka, tapi jangan siram dengan air. Jangan sapu losyen atau ubat traditional.

6) Balut kawasan luka dipatuk dengan kain bersih dan kering.

7) Jangan sesekali ikat ketat anggota yang dipatuk kerana ia boleh menyebabkan darah tidak mengalir. Ini akan menyulitkan lagi rawatan.

8) Jangan menggunakan ais untuk menekan kawasan patukan ular.

9) Jangan memotong luka atau mencuba membuang racun dengan cara yang tidak patut.

10) Jangan minum Kafein ataupun Alkohol.

11) Jangan mencuba untuk menangkap ular itu, tetapi cubalah untuk mengingat warna dan bentuknya sehingga Anda dapat menggambarkannya sehingga akan membantu dalam perawatan nantinya.

12) Dapatkan bantuan kecemasan segera. Telefon 999

No comments:

Post a Comment